KakiBLOGGER

Saturday, August 16, 2014

FESYEN UNTUK BERSUKAN

assalamualaikum and haiiiii :)

entry kali ni nak share sikit tips fesyen bagi penggemar aktiviti sukan. bila bab bab nak pilih pakaian sukan kite kenalah ada pengetahuan sikit, tak boleh nak terus beli je sebabnya nanti mungkin tak sesuai dengan persekitaran atau sukan yang kita pilih tu.

kita bersukan untuk kesihatan, ni kalau pilih pakaian yang tak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan atau diri kita sendiri. ok jom baca tips untuk pilih kasut sukan yang sesuai :


  1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.
  2.  Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.
  3.  Beli kasut sukan baru anda tatkali hari menjelang petang kerana otot kaki diwaktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.


dan ini tips untuk memilih pakaian yang sesuai :



  • Pemilihan pakaian sukan yang salah boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada badan. Misalnya pakaian yang ketat akan menimbulkan masalah seperti bergesel dengan kulit serta mengehadkan pengaliran darah.
  • Stokin terlalu besar pula menyebabkan tidak selesa kerana ia berlipat dalam kasut. Selain itu, keadaan cuaca memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian senam bersesuaian. 
  • Sekiranya bersenam dalam cuaca sejuk, pakai baju lebih tebal untuk melindungi tubuh daripada kesejukan. Memakai topi juga dapat mencegah tubuh kehilangan haba melalui kepala. 
  • Jika keadaan masih sejuk selepas bersenam, berhati-hati agar tidak kesejukan apabila menukar pakaian yang basah kuyup akibat berpeluh. 
  • Ketika bersenam dalam cuaca panas, pilih pakaian diperbuat daripada fabrik kapas kerana ia lebih baik berbanding sintetik gentian yang mempercepatkan pengaliran keluar haba daripada tubuh dengan menyerap serta menyejat air peluh. 
  • Pilih pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk memantul sinaran matahari. Memakai topi juga boleh menghalang bahang panas. 
  • Kain mikro fiber juga amat selesa dipakai. Kebiasaannya kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar kerana ia tidak menyerap peluh dan ringan. 
  • Spandex yang digunakan untuk pakaian renang kini amat licin dan dapat mengurangkan geseran air. Ini kerana pakaian itu dapat mengurangkan rintangan air sekali gus membantu atlet mencipta masa yang lebih baik dan cemerlang. 
  • Ia juga bersifat fleksibel dan menyejukkan badan khususnya ketika melakukan larian jarak jauh seperti maraton. 
  • Jika sudah mengenal pasti jenis fabrik pakaian bersesuaian, langkah seterusnya adalah menetapkan saiz tepat dengan badan. Pemilihan saiz yang salah akan menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada pemakainya. 
  • ambil setiap jenis saiz yang hampir dengan keadaan bentuk tubuh dan cuba pakaian berkenaan, kemudian berjalan dan bergerak.
  • Setiap jenama pakaian sukan di pasaran mempunyai saiz berbeza kerana faktor rekaan dan pengeluar berlainan. 
  • Paling mudah sebelum membeli, dapatkan pandangan pakar seperti jurulatih sukan untuk memilih pakaian dan peralatan yang sesuai dengan aktiviti senaman atau sukan. 
  • Membelanjakan sedikit wang untuk membeli pakaian sukan tidak akan merugikan kerana ia boleh dipakai berulang kali yang membantu usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.







1 comment: