KakiBLOGGER

Saturday, August 23, 2014

PROM NIGHT DRESS UP


assalamualaikum and haiiiiiiiii to my followers ! 

kali ni nak share sikit tentang tips cara berpakaian kalau nak pergi "Prom Night". Siapa yang taknak nampak cantik bila nak pergi dinner kan ??

tipu sangat kalau nak pakai yang biasa biasa je.mesti nak pakai baju yang vougue de vassss punye kan ??! 

1) mula mula sekali bila dah dapat invitation card tu terus pi google atau tengok tengok majalah tentang pakaian "Prom Night" ni.ingat !! jangan buat persediaan lasy minute.bila cari baju last minute mesti tak dapat cari baju yang sesuai lah, saiz takdelah, takde warna yang sesuai lah.haaaaa kan dah fening ! pemilihan colour pun penting juga. seeloknya pilih colour yang sesuai dengan usia kita.long dress atau short dress tu terpulang pada korang.





2) ok bila dah jumpa baju yang sesuai, yang gegirls tu kenalah pakai make up yang sesuai untuk ke "Prom Night". yang lelaki pula seelok eloknya kemaskan rambut dan touch up ape yang patut.make up yang sederhana akan buatkan kita lagi nampak sweet.


3) seterusnya ialah gaya rambut dan pemilihan tudung.gaya rambut ni sangat penting ! gaya rambut mesti sesuai dengan dress yang kita pilih tu.


4) pemilihan kasut yang nampak sweet atau ekslusif juga penting.elakkan memakai kasut yang jenis flat shoes.


5) last sekali ialah clutch dan aksesori.





enjoy your dinner !!!







Saturday, August 16, 2014

FESYEN UNTUK BERSUKAN

assalamualaikum and haiiiii :)

entry kali ni nak share sikit tips fesyen bagi penggemar aktiviti sukan. bila bab bab nak pilih pakaian sukan kite kenalah ada pengetahuan sikit, tak boleh nak terus beli je sebabnya nanti mungkin tak sesuai dengan persekitaran atau sukan yang kita pilih tu.

kita bersukan untuk kesihatan, ni kalau pilih pakaian yang tak sesuai mungkin akan memudaratkan kesihatan atau diri kita sendiri. ok jom baca tips untuk pilih kasut sukan yang sesuai :


  1. Pilih kasut sukan yang bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilakukan. Jenis kasut yang menutup permukaan kaki sesuai digunakan untuk sukan jenis aerobik misalnya badminton dan tenis.
  2.  Ketika mencuba kasut itu sarungkan kedua-duanya sekali dan pastikan kasut itu tidak terlalu ketat. Cuba berjalan. membongkok dan melompat dengan menggunakan kasut itu, ini untuk memastikan kaki anda berasa selesa dengan kasut yang akan dibeli.
  3.  Beli kasut sukan baru anda tatkali hari menjelang petang kerana otot kaki diwaktu ini sedang mengembang. Keadaan ini paling hampir dengan keadaan semasa anda sedang bersukan.


dan ini tips untuk memilih pakaian yang sesuai :



  • Pemilihan pakaian sukan yang salah boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada badan. Misalnya pakaian yang ketat akan menimbulkan masalah seperti bergesel dengan kulit serta mengehadkan pengaliran darah.
  • Stokin terlalu besar pula menyebabkan tidak selesa kerana ia berlipat dalam kasut. Selain itu, keadaan cuaca memainkan peranan penting dalam pemilihan pakaian senam bersesuaian. 
  • Sekiranya bersenam dalam cuaca sejuk, pakai baju lebih tebal untuk melindungi tubuh daripada kesejukan. Memakai topi juga dapat mencegah tubuh kehilangan haba melalui kepala. 
  • Jika keadaan masih sejuk selepas bersenam, berhati-hati agar tidak kesejukan apabila menukar pakaian yang basah kuyup akibat berpeluh. 
  • Ketika bersenam dalam cuaca panas, pilih pakaian diperbuat daripada fabrik kapas kerana ia lebih baik berbanding sintetik gentian yang mempercepatkan pengaliran keluar haba daripada tubuh dengan menyerap serta menyejat air peluh. 
  • Pilih pakaian yang longgar dan berwarna cerah untuk memantul sinaran matahari. Memakai topi juga boleh menghalang bahang panas. 
  • Kain mikro fiber juga amat selesa dipakai. Kebiasaannya kain ini digunakan untuk hari sukan dan aktiviti luar kerana ia tidak menyerap peluh dan ringan. 
  • Spandex yang digunakan untuk pakaian renang kini amat licin dan dapat mengurangkan geseran air. Ini kerana pakaian itu dapat mengurangkan rintangan air sekali gus membantu atlet mencipta masa yang lebih baik dan cemerlang. 
  • Ia juga bersifat fleksibel dan menyejukkan badan khususnya ketika melakukan larian jarak jauh seperti maraton. 
  • Jika sudah mengenal pasti jenis fabrik pakaian bersesuaian, langkah seterusnya adalah menetapkan saiz tepat dengan badan. Pemilihan saiz yang salah akan menyebabkan ketidakselesaan dan kecederaan kepada pemakainya. 
  • ambil setiap jenis saiz yang hampir dengan keadaan bentuk tubuh dan cuba pakaian berkenaan, kemudian berjalan dan bergerak.
  • Setiap jenama pakaian sukan di pasaran mempunyai saiz berbeza kerana faktor rekaan dan pengeluar berlainan. 
  • Paling mudah sebelum membeli, dapatkan pandangan pakar seperti jurulatih sukan untuk memilih pakaian dan peralatan yang sesuai dengan aktiviti senaman atau sukan. 
  • Membelanjakan sedikit wang untuk membeli pakaian sukan tidak akan merugikan kerana ia boleh dipakai berulang kali yang membantu usaha anda untuk mengamalkan gaya hidup sihat.







Friday, August 15, 2014

what should i wear for this raya ?

assalamualaikum you guys :)

entry kali ni i just want to share tentang baju baju yang sesuai untuk digayakan di hari raya. walaupun hari ni dah masuk pertengahan syawal masih tak terlambat lagi untuk kita survey baju baju raya yang sesuai dipakaikan kalau nak pi open house.almaklumlah sekarang ni raya kedua pun ramai dah yang buat open house.lagi lagi kalau pi open house yang besar besar mestilah weols nak pakai baju yang lip lap lip lap gituuuu..

bila dah nak 2 3 bulan nak raya masing-masing pun sibuk dok memikirkan style, warna apa yang nak digayakan.setiap tahun kalau boleh nak bertukar warna.lagi lagi yang dah berkeluarga mesti nak pakai warna yang sedondon.

korang boleh lah terjah beberapa butik yang tengah famous sekarang ni.boleh juga kalau nak order secara online. selamat menjamu mata !!






bagi yang tengah cari designer yang boleh design kan baju sedondon untuk satu family boleh klik 












hafizhamidun





untuk fesyen raya sekarang ni ramai yang pilih baju ala ala princess cutting dan baju kurung yang more elegent and classic so korang boleh lah usha usha online boutique yang di atas ni.




Tuesday, August 5, 2014

Fesyen Untuk Siapa ?



assalamualaikum and hai to everyone...




so bila cakap pasal fesyen ni mesti ramai yang akan suka kan ? dari yang muda sampai ke yang dah berumur. lelaki atau perempuan sure semua suka pasal fesyen. lagi lagi bila kita dah kat zaman yang serba moden ni.

bagi saya fesyen ni sesuatu universal sebabnya ianya tak tertakluk pada satu perkara je tapi merangkumi semua aspek. Contohnya tentang tingkah laku kita, cara kita berpakaian, cara kita bercakap dan segala-galanya yang kita buat.

tak semestinya bila sebut tentang fesyen je ia berkaitan dengan pakaian apa yang kita pakai. kita boleh juga kaitkan dengan gaya atau style seseorang tu. tapi setiap individu mesti mempunyai pendapat yang tersendiri kan. bagi saya, kita perlu tampilkan gaya kita yang tersendiri dan jangan terlalu terikut-ikut fesyen yang kerap kali bertukar dekat zaman sekarang ni.



p/s : kalau nak tahu banyak lagi tentang fesyen boleh tunggu the next entry okeh !